Teratak Maya untuk himpunan karya amatur
Sudah lama aku ceburi bidang fotografi ini tetapi bukan sebagai jurufoto profesional kerana semenjak dulu hingga sekarang aku masih degil bertahan sebagai jurufoto amatur tegar atau dalam ertikata lain hobbyist yang tiada visi bernilai komersil. Kamera SLR pertama yang aku beli sendiri ialah Canon 1000FN dan kemudian beralih ke NIKON 90x dan kemudian Praktika MTL sebelum beralih ke Nikon D50. Di antara semuanya itu terdapat juga kamera-kamera poket dan instamatik seperti Canon Joy, Yashica dan kamera digital pertamaku sebenarnya ialah camera prosumer Kodak yang jenis modelnya sudah aku lupa.
Sama ada amatur atau profesional, sama ada sudah berpuloh tahun memegang kamera SLR atau baru saja bermula dengan kamera poket, sekiranya foto kita boleh mempamerkan imej yang lebih menarik daripada yang dilihat oleh mata kasar dan kita seronok melihatnya maka kita sudah cukup bagus.
Di kategori jurufoto terdapat senarai pautan untuk rakan-rakan jurufoto amatur dan juga professional dimana aku mendapatkan inspirasi untuk memperbaiki kemahiran. Juga terdapat pautan ke forum dan komuniti fotografi dimana aku menghantar hasil karya untuk dikomen dan di kritik agar kelemahan boleh di perbaiki.


