dR Love – Panduan Mencari Jodoh

On your mark! Get Set!

On your mark! Get Set!

Kekadang aku kesian jugak bila tengok pompuan lawa lawa tapi tak kawin kawin. Berdating dah berzaman-zaman, pengalaman berdating jangan nak lawanlah dan tentulah kemahiran mengenal hati budi orang ni dia dah cukup mahir. Sekali jeling je kat aku dah tahu aku ni lelaki melayu terakhir. Ada pulak tu tak de la lawa pun tapi senang je temu jodoh, muda lagi dah ada anak berderet. Setengah tu lelakinya hensem bukan main, kurang sikit je daripada aku tapi pasangannya biasa aje tak serupa aku punya. Apa istimewanya pasangan dia tu? Jadinya timbul persoalan perempuan macam mana yang dicari oleh orang lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.

Aku tak nak cerita pasal sebab musabab mereka ni tak kawin kawin kerana memang banyak yang boleh difikirkan. Yang difikirkan pun belum tentu benar apa lagi yang diakui sebagai sebab yang jujur. Baik aku cerita dari sudut pandangan lelaki apabila memilih pasangan. Lelaki di sini aku rujuk kepada diri aku sendiri dan beberapa sampel segar kawan-kawan di Malaysia dan di luar negara.

Dalam interaksi sosial dengan kaum wanita, kita bolehlah buat pecahan kepada beberapa kategori:

1. BEH LA KO NI, AKU TAK RASA MACAM SEMBANG DENGAN PEREMPUAN PUN.

Kawan biasa untuk sembang-sembang kosong. Perempuan dalam kategori ini tak perlu ada apa-apa kemahiran. Tak perlu cerdik, tak perlu cantik sangat tetapi memang best kalau tahu sedikit sebanyak tentang bahan yang diminati oleh lelaki tersebut. Contohnya boleh sembang pasal bola sepak ke atau kereta ke atau pancing ke. Kira untuk sembang perkara yang melibur hati tetapi tidak melekat di hati atau tak buat kita befikir apa-apa pun. Setengah tu cara sembang pun lebih daripada lelaki. Riuh menjerit-jerit dah jadi macam siamang kena lastik, macam setengah budak Cosmopoint yang melepak di kedai mamak dekat Sime Darby tu. Dah la comot macam caveman dan cave woman, perangai pun macam duduk dalam gua tak endahkan orang keliling. Macam ni memang fail sebab kalau kita jenis tak endahkan orang sekeliling bererti kita kurang rasa tanggungjawab dan langsung tidak bersedia untuk berkongsi apa-apa kecuali cerita-cerita kosong.

Kita balik ke topik asal. Kawan sembang ni, bila habis sembang, balik rumah masing-masing dan bila bukak TV, kita dah lupa semua yang dibualkan tadi. Hubungan begini biasanya kekal sebagai kawan saja. Kalau perempuan ni cun, ada peluang jadi grilfren dan ada peluang jugak di lamar jadi isteri tapi ambil masa agak lama sebab modalnya hanya rupa paras. Sembang kosong ni dengan sesiapa pun lelaki boleh buat tapi takat tu je la.

2. AKU SUKA LAH SEMBANG DENGAN KO. UNDERSTANDING SUNGGUH.

Kawan biasa untuk sembang bijak. Ni versi up sikit. Yang ni orang lelaki pun kena bijak jugak kalau tak kejap je dah habis. Yelah yang perempuan cerita pasal Discovery channel, pasal Bloomberg, yang lelaki pulak cerita pasal Naruto, kad Digimon, cerita pasal drama mexico sampai nangis nangis. Mana boleh jadi kan? Kalau dua-dua bijak bersembang dan tidak pula cuba mengatasi intelectualism satu sama lain, boleh sembang benda yang lebih dalam maka proses mengenali hati budi berjalan lebih lancar. Kata-kata yang dikeluarkan secara bijak boleh membuai jiwa dan jiwa yang dibuai akan ketagih nak lagi. Jadinya cun ke tak cun ke sudah bukan ukuran untuk lelaki membuat pilihan.

3. WOW! LAWANYA?

Rupa paras amat penting dalam memilih pasangan hidup. Bukan sahaja manusia tetapi makhluk lain juga memilih pasangan yang mempunyai kriteria fizikal dan fisioloji yang terbaik. Tujuannya untuk meningkatkan peluang mendapat zuriat yang sihat, cantik dan mampu berdaya saing. Jadi janganlah menipu diri sendiri dengan mengatakan rupa paras tidak penting. Dalam beg tangan perempuan mesti ada sekurang-kurangnya sebatang gincu, senjata paling kecil dan mudah bawa dalam medan perang mencari pasangan ini. Semua barangan kosmetik sebenarnya ialah “weapon of deception” untuk mengabui mata mereka yang melihat. Seperti weapon of deception yang lain, kesannya tak lama. Kebenaran tidak boleh diselindungi lama-lama. Tak guna berulang berkali-kali ke bilik air untuk refresh makeup kerana ia bukan senjata untuk membunuh tetapi hanya untuk mengabui sahaja. Untuk membunuh kena guna senjata lain kecuali sekiranya anda bukan nak cari pasangan hidup tetapi sekadar untuk berseronok dibuai rasa glamer kerana berjaya menarik perhatian ramai. Boleh buat perempuan lain kagum dan lelaki mengiggil tengok anda. Kalau sekadar nak berboyfren, rupa paras dah memang cukup. Kalau nak berboyfren lama, kena tambah satu dua lagi la kriteria lain. Kalau nak kawin, kena lebih lagi lah.

4. DIA ADA STAIL LAH.

Ya. Setengah perempuan tak de la lawa sangat tetapi ada daya tarikannya. Mungkin keyakinan dirinya, gaya dia membetulkan tudung atau rambut, gaya dia bertoleh, gaya berjalan, gaya bercakap, gaya korek hidung, sengetkan badan bila nak terkentut atau senyumannya yang manis. Arwah tok saya pernah cakap ” Lawa tak semana tapi manis yang tak tertanggung”. Pemahaman saya berkaitan ungkapan tersebut ialah lawa tak akan kekal lama. Kalau tengok lama-lama, tiap hari, nanti makin nampak kuranglah lawa tu. Masa tu dah mula la perasan rupa-rupanya ada jerawat, ada black head, telinganya capang, hidungnya sebenarnya senget sikit ke, putih melepak tu sebenarnya panau ke tetapi manis senyuman takkan pudar kesannya. Makin dilihat makin tak puas. Agaknya betul pemahaman saya tuh.

5. U SUKA BUDAK-BUDAK YE? TENGOK GAMBAR ASYIK BERPELOK DENGAN ANAK BUAH JE?

Ramai orang perempuan simpan gambar bersama anak buah dalam beg tangan, buat wall paper di pc dsb. Perempuan memang suka kanak-kanak dan lelaki memang suka perempuan yang suka kanak-kanak walaupun sekiranya lelaki tu sebenarnya tak suka kanak-kanak. Tetapi sebab salah satu tujuan utama lelaki kawin ialah sebab nak ada zuriat, dia perlukan seorang yang dia boleh percaya akan menjaga zuriatnya dengan penuh kasih sayang. Sebab tulah setengah perempuan tu bawak sampai satu album dalam beg tangan. Kira macam resume lah tu. Bila saya bawa anak-anak saya ke Taman Tasik Titiwangsa, mereka juga selalu dijadikan props oleh pasangan kekasih yang sedang menerokai hati budi satu sama lain. Ini semua perkara normal dalam kita cuba meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan sebagai suami atau isteri.

6. SAYA SUKA LAH FAMILY AWAK. BAIK.

Dalam budaya masyarakat kita perkahwinan bukan hanya antara dua manusia. Ia melibatkan penyatuan dua keluarga dengan pasangan pengantin sebagai pengikat dan anak-anak mereka sebagai pengunci. Datang dari keluarga yang baik, tenang dan aman merupakan nilai tambah dalam membuat keputusan untuk memilih pasangan hidup. Kalau keluarga tu kaya, maka tentu sekali makin bertambahlah nilai tambah bertambah tu. Adakalanya boleh sampai terhapus kriteria yang lain. Begitu juga lah sebaliknya. Walau sekiranya mempunyai keluarga yang porak poranda, bapa dalam jel, adik beradik penagih dadah atau tak mempunyai keluarga sekali pun, tetapi sekiranya mempunyai peribadi yang mulia dan memang sudah bersedia menjadi isteri dan ibu yang baik, tentu sekali anda mempunyai peluang yang amat cerah bukan sahaja untuk mendapat pasangan hidup yang baik tetapi yang berkekalan.

7. MAKWE KOI NINA ANAK TOK LEBAI.

Alim dan warak memang menjadi salah satu ukuran dalam memilih pasangan hidup. Salah satu sebabnya ialah kerana didikan ugama yang baik akan membentuk peribadi yang mulia. Bukan sahaja peribadi pasangan yang mulia tetapi anak yang mendapat didikan dari ibu yang soleh juga akan memiliki peribadi yang mulia. Itulah harapan dan tanggapan lelaki yang mencari pasangan. Jadinya sekiranya anda bukan Nina anak Tok Lebai tetapi sudah bersedia untuk membina keluarga, bentuklah peribadi yang mulia, bersopan santun bila bercakap, beradap dan tinggalkanlah gaya bercakap ala brutal, pakai seluar nampak bontot seperti bohsia, muka sardin macam sardin dan mulalah menampilkan imej yang lebh baik.

8. THAT GUY MY BOYFREN TAU. TIAP MALAM CALL I ATAU I CALL DIA. KITA DAH JANJI NAK KAWIN ESOK NIH.

Mendakwa seseorang itu sebagai kekasih dibelakangnya, mempamirkan rasa cemburu keterlaluan, menelefon pada kadar kerap, mendesak, merajuk, merengek, mengungkit, memancing janji, tunjuk ambil berat sampai nak muntah dan sepertinya boleh mengakibatkan perhubungan itu berakhir dengan ungkapan ” I sayang u macam adik i je” atau ” Kita kawan je lah” atau ” Sebenarnya I dah kawin 4 dan dah ada 2 lagi dah standby” atau ” Nak cerita ni, masa bersunat dulu tok mudin terpotong abis, jadi i tak leh kawin”.

Tunjuk caring berlebih, cemburu dan semua tadi tuh menakutkan lelaki. Lelaki pada dasarnya ialah pemburu dan tak suka perasaan diburu melainkan yang memburunya itu Angelina Jolie atau Jesica Alba. Kalau belum kawin dah ditelefon sejam sekali, dah kawin nanti memang tak sempat nak berak lah alamatnya. Walaupun anda amat mengaguminya sebab anda rasa dia ni sebenarnya memang terlebih layak untuk anda atau anda rasa anda seperti menang loteri apabila mendapat perhatian dia yang hensem giler, jangan tunjuk beriya sangat kegirangan anda itu. Main permainan ni macam main catur, jangan macam main galah panjang atau police and thief.

Sebenarnya perkara 8 ni juga penyakit lelaki dan paling masyur dikalangan lelaki Kelantan. Lelaki negeri lain tak tahulah tapi konfirm belum ada kes di kalangan lelaki Pahang. Mungkin kerana jinetik hensem lelaki Pahang dah suppress jinetik penyakit nih.

9. OOOOOOUUUUGGGRRRRHHHHHHHRRRRGGGH….! SEDAK! SEDAK! POPALEH SEDAKNYA! MEMANG U KE MASAK NIMS?

Bak kata perpatah Turki:” Kadinin gonlune kulagindan, erkegin gonlune midesinden gecer”. Ertinya laluan ke hati perempuan ikut telinga, ke hati lelaki pula ikut perut. Maksudnya kalau nak pikat perempuan, bagi dia dengar bende-bende best, puji puji ke, nak pikat lelaki pulak bagi dia makan bende best best.

Ikut perpatah di atas, perempuan memang suka dipujuk rayu di puji, di buai dengan kata-kata. Kalau ada yang rasa ianya tak betul, salah, meleset, pedohoh. Berpendapat bahawa perempuan sebenarnya suka kena sergah, suka dengar cakap-cakap brutal, suka kena layan macam lelaki, lebih kasar bahasa lebih rasa hebat, maka perpatah di atas tu dah tak sesuai dan tak usah teruskan bacaan. Tapi kalau rasa memang betul bahagian tentang perempuan tu, maka kena terima bahawa bahagian tentang lelaki tu juga betul.

(Kalau anda antara yang suka memberi fokus kepada “minor exceptions” dengan komen “Tak semua macam tu” maka saya mengajak anda supaya kembali memberi fokus kepada the major idea agar anda tak sesat dalam exceptions yang akan menghanyutkan anda ke pelbagai arah tetapi tidak ke mana-mana tujuan.)

Fahami sungguh-sungguh maksud perpatah diatas tu sebab itulah senjata pembunuh yang akan melengkapkan quest untuk medapatkan pasangan hidup dan yang dah ada pasangan hidup pulak yang akan mengukuhkannya. Jangan lah seminggu nak kawin baru nak belajar memasak kerana memasak ni bukan boleh belajar dalam masa yang singkat. Ianya satu kemahiran yang sewajarnya sudah ada apabila sahaja kita kata kita dah bersedia untuk mencari pasangan hidup. Orang dulu dulu kalau nak ngorat hantar nasik ke rumah atau ke paya tempat tunang bekerja, orang sekarang mamat Domino Pizza hok hantorkan. Boyfren dia sedapla makan Domino Pizza tu dan berterima kasihlah kat awek dia nih tapi takat tu je la. Awek lain pun boleh juga pesankan Domino Pizza, KFC ke Nandos ke, nasik campur ke asal ada duit. Tapi kalau awek tu masak sendiri, dia telah meletakkan signaturenya di situ.

Dapur ialah jantung sebuah rumah tangga dan perlu dihidupkan apinya agar kehangatan tersebar ke seluruh sudut rumah. Jadi dalam mencari pasangan hidup, lelaki yang tak mahu selamanya makan nasik bungkus seperti zaman hidup bujang akan mencari isteri yang pandai dan rajin memasak agar dia dapat merasai semula masakan hangat seperti di rumah ibunya. Anak-anaknya juga akan mendapat makanan yang sihat seperti dirinya ketika kanak-kanak. Untuk ini beberapa kriteria di atas juga sanggup diketepikannya malah kalau undang-undang mengizinkannya ada yang akan melamar Chef Wan. Jangan juga terlalu hairan sekiranya lelaki idola anda mengenepikan semua kriteria di atas termasuk rupa paras hot anda dan memilih untuk bersama Chef Ismail.

Kalau ada sesiapa nak tambah lagi, silakan. Nanti kita buat handbook “Courting for Dummies”.

O Kadar.

Advertisements

~ oleh teratakmaya di September 25, 2008.

Satu Respons to “dR Love – Panduan Mencari Jodoh”

  1. hye.. 1st time masuk blog ni..entry ni bestt.. telus tp funny glerrr..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: