Salam Aidil Fitri

Raya jatuh pada tanggal 1 Oktober pada tahun ini. Berdasarkan persetujuan yang dibuat tahun lepas, tahun ni aku sekeluarga balik beraya di Kuantan. Kami bertolak pada petang Sabtu dan tiba di Kuantan lebih kurang 1 jam je sebelum berbuka. Kami memang dah rancang balik awal sikit ke Kuantan sebab selepas raya nak bawak anak-anak pergi bercuti di Cherating. Masa cuti sekolah lepas aku cuma bawak budak-budak tu ke Desa Water Park je walaupun dorang dah lama ajak bercuti duduk hotel tepi laut.

Kami solat raya di Masjid Kampung Selamat yang hanya lebih kurang 150 meter daripada rumah keluarga. Di situlah aku dulu belajar mengaji untuk beberapa tahun masa kecik dulu. Sebaik selesai solat raya, baru perasan yang duduk sebelah aku rupa-rupanya kawan lama masa mengaji dulu. Masa bersalam-salam dengan jemaah lain sebelum keluar masjid, terserempak pulak dengan sorang lagi kawan lama dan bersembanglah kita bertiga di pintu masjid. Tengah bersembang, datang lagi sorang geng mengaji dulu siap dengan serbannya. Lama jugaklah kita bersembang tu sebab bila sampai balik ke rumah semua bising sebab dah lama menunggu untuk ambik gambar ramai-ramai sebelum ziarah ke kubur.

Dah lama aku tak ziarah kubur arwah ibu kerana aku agak jarang balik ke Kuantan. Aku bawa isteri dan anak-anak untuk mengenalinya. Sudah 12 tahun masa berlalu dan batu-batu putih di pusara ibu sudah nampak berlumut. Ada ranting-ranting kecil bertaburan banyak dan batu nisannya pun nampak bertampuk. Masa aku sampai, abang dan adik aku tengah mengutip ranting-ranting kecil tu dan aku menoleh melihat anak-anak ku. Beberapa hari kemudian dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, aku tiba-tiba teringatkan satu perkara lagi yang sudah lama aku abaikan. Aku sudah lama tidak ke perkuburan Bukit Setanggi untuk

menziarahi kubur abangku Azlan. Walaupun aku sendiri tidak sempat mengenalinya kerana arwah Azlan meninggal dunia ketika bayi sebelum aku dilahirkan tetapi anak-anak aku perlu tahu mereka ada bapa saudara bernama Azlan yang dikasihi arwah ibuku sebagaimana anak-anaknya yang lain.

 Pada hari Khamis, kami ke Cherating Bayview Resort yang terletak dibelakang tanah perkuburan Kampung Cherating. Kedudukannya di tepi laut dan ada dua kolam renang kecil untuk dewasa dan untuk kanak-kanak. Kami bernasib baik dapat dua unit menghadap laut sebab ada booking yang kensel.

Setiap unit lapang dengan dua katil besar, TV dan aircon. Kami berehat disini selama 2 malam dan pada hari Sabtu pagi kami ke Kijal untuk beli lemang, ikan bilis dan keropok dulu sebelum balik Ke Kuala Lumpur.

Advertisements

~ oleh teratakmaya di Oktober 10, 2008.

Satu Respons to “Salam Aidil Fitri”

  1. Saya suka gambar sephia yang akhir tu. Bayangkan anak2 awak 30 tahun nanti jumpa gambar tu dan ia sudah pudar persis gambar tu. Dan masu tu awak dah pon menjangkau 74 tahun…..kawe baru 37 masa tu, 😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: