Reunion Fototeacher – Melangkah ke Tahap Seterusnya

Merakamkan imej yang cantik bukan semudah yang disangka. Ia bukan sekadar dengan membeli kamera yang mahal, yang bermegapiksel besar atau lensa panjang semata-mata. Ia lebih kepada kemahiran jurufoto yang menggunakannya. Kemahiran yang diperolehi dengan sedikit bakat, pengetahuan, kefahaman, pengalaman dan kehausan yang berterusan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Dan dengan harapan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi itu pada 10 Januari lalu saya telah menghadiri acara reunion fototeacher di Shah Village, Petaling Jaya.

Acara yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada sekitar jam 6 petang itu dihadiri oleh hampir 30 orang termasuk dari Langkawi dan Johor. Boleh dikatakan semuanya jurufoto perkahwinan dan mungkin saya seorang sahaja jurufoto makro yang bertahap hobbyist.

Apa yang saya perolehi?

1. Kesedaran bahawa mengambil gambar acara dan potret, sama aje prinsipnya dengan makro. Lebih banyak kita tahu tentang apa yang kita ingin rakamkan, maka lebih cantik lagilah gambar yang kita ambil. Knowledge is power.

2. Faham bahawa gangguan-gangguan kecil dan pengabaian terhadap detail yang remeh akan menghalang gambar yang cantik daripada menjadi sempurna.

3. Tahu built in flash saya boleh trigger SB600 saya. Jadi boleh rakam gambar yang stunning sikit.

4. Dapat berkenalan dengan jurufoto lain dan nanti insyallah boleh terus bertukar pengetahuan dan pendapat.

5. Faham dengan lebih mendalam peraturan penting dalam merakam imej supaya nanti boleh tahu bila saya boleh melanggarnya.

Sememangnya lebih banyak boleh diperolehi tetapi setakat itu sahaja yang saya dapat buat masa ini. Sekiranya saya dapat hadir lebih banyak acara sebegini, tentu sekali lebih banyak dan lebih mendalam kefahaman saya.

Rakan-rakan jurufoto profesional yang menghadiri acara tersebut tentu sekali sudah naik tahap kemahiran dan pelanggan tentu akan lebih puas dengan hasil kerja yang semakin mantap. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada Fototeacher yang menganjurkan acara ini. Memang Hebat.

Model Shot : Fizah

dsc_0094a

Model Shot : Nurul

dsc_0131a

Model Shot : Nurul

dsc_0143a

Model Shot : Lily

dsc_0161a

Model Shooter : Ally

dsc_0063a

Brochure Shot : Ambience

dsc_0055a

Brochure Shot : Ambience

dsc_0114a

Advertisements

~ oleh teratakmaya di Januari 14, 2009.

Satu Respons to “Reunion Fototeacher – Melangkah ke Tahap Seterusnya”

  1. Brader, ada blog tak bagi tau ye…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: