Jalan Jalan Carik Makan

•September 25, 2008 • 1 Komen

Aku pernah menulis tentang masakan Asam Pedas Melaka yang terkenal tu dan mendapat komen balas berjela-jela kerana ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan ku. Anehnya yang tidak bersetuju tu kebanyakkannya orang Perak. Kalau ada sesiapa yang belum pernah membaca atikel tersebut bolehlah klik di sini dan untuk memahaminya anda perlu boleh membaca, mengira dan menulis di dalam bahasa Ingeris tempatan. Perlu baca artikel tersebut dahulu kerana ini ialah sambungannya.

Dua bulan lalu aku ke Perak untuk menghadiri kursus seminggu di Enggor yang bersebelahan Sayong yang mashur dengan labunya dan hanya seberang sungai sahaja daripada Kuala Kangsar. Lunchainya aku tak tahu di mana. Kesempatan satu minggu tu aku gunakan sebaik mungkin untuk membuktikan aku telah salah berkenaan dakwaan aku bahawa masakan Perak tak sedap. Sepupu aku yang separuh Perak tu kata aku ni kebetulan makan di tempat yang tak sedap. Kononnya aku kena cuba dipelbagai tempat, kena pergi on a quest. Aku pun pergi la nih, panjat gunung, turun bukit, masuk terowong, tanya orang, bayar tol nak cari tempat makan best di Perak. Selain daripada masakan asrama yang memang disediakan setiap hari, aku cuba la makanan di tempat-tempat yang dicadangkan oleh seorang kawan yang kebetulan anak jati Sayong. Jadi tentulah dia cukup arif tentang makanan paling best di Kuala Kangsar dan memandangkan ini bandar di raja, maka lojiknya tentulah ada restoran atau warung anak cucu cicit tukang masak istana di sini. Dah terbayang di mata kepala saya masakan resepi rahsia turun temurun dari pemerintahan zaman itu dan ini terhidang di depan mata dan aku menjamahnya satu persatu dengan nikmatnya.

Aku cuba laksa Peraknya di tempat yang orang Kuala Kangsar sendiri kata paling best, cuba mee rebusnya, cuba gulai masak kampungnya dan aku nak kata satu benda je…kesian RPK kena ISA. Dua tahun dia kena makan masakan Perak di Kemunting nuh. Patut sangatlah orang semua tak suka sangat kena ISA. Betul sangatlah orang semua bantah ISA. Molek benorlah ada cadangan dipindahkan pusat tahanan tu ke tempat lain. Aniaya ke orang weh. Sebab tuh lah saper masuk ISA. bila keluar nampak kurus. Cuba pindahkan pusat tahanan tu ke Negeri Sembilan ke, Selangor ke, Pahang ke, Terengganu ke, ha tengok goner.  

Selama aku di Enggor tu, makan paling best ialah di asrama tempat kursus tu. Tukang masaknya orang Selangor. Aku tanya jugak kepada dia pasal masakan Perak ni kat mana hok best. Dia fikir-fikir kejap dan dia cadangkan restoran masakan Thai dekat jambatan. Jadi macam mana orang Perak boleh ketuk gendang dakwa masakan Perak ni best? AKu dah mula berfikir teori aku dulu pasal morfoloji lidah tu memang betul. Kalau ada sesiapa belajar antropoloji, bolehlah buat tesis bekaitan perkara ni.

O kadar.

Potret dalam cahaya asli

•September 19, 2008 • 1 Komen

Susulan daripada bengkel “pre wedding photography” aku cuba mahirkan diri menggunakan cahaya alam jadi dengan mengambil beberapa imej potret menggunakan lensa Nikon 60mm micro yang juga amat bagus untuk merakamkan potret. Aku dapatkan reflektor mudah lipat saiz sederhana untuk imbangkan bayang-bayang yang keterlaluan agar tidak nampak terlalu kontrast. Model yang digunakan amat berpatutan bayarannya dan mudah diperolehi.

Wawancara seni penulisan

Wawancara seni penulisan

 

Waiting

Waiting

 

Jendela

Jendela

Sisipan puisi dari Kahlil Gabran:

I have seen a face with a thousand countenances, and a face that was but a single countenance as if held in a mould.
I have seen a face whose sheen I could look through to the ugliness beneath, and a face whose sheen I had to lift to see how beautiful it was.
I have seen an old face much lined with nothing, and a smooth face in which all things were graven.
I know faces, because I look through the fabric my own eye weaves, and behold the reality beneath.

Cahaya

•September 19, 2008 • Tinggalkan Komen

Semenjak mengikuti bengkel “Pre Wedding Photography” bulan lalu bersama jurufoto terkenal John W. Ischii aku mula berminat untuk mengambil gambar dengan menggunakan cahaya alam jadi yang keindahannya tidak boleh ditandingi cahaya tiruan dari flash mudahalih apa lagi dengan SB600 terpakai yang aku beli tahun lalu.

Mood yang dramatik dapat dirakamkan dengan eksploitasi cahaya dan bayang-bayang yang dihasilkan. Kami diberikan 3 pasangan pengantin sebagai model dan 3 lokasi penggambaran di Hotel Heritage Kuala Lumpur.

Berehat sebentar dalam menuju puncak

Berehat sebentar dalam menuju puncak

Pelajaran berguna dibengkel tersebut ialah

1. Untuk penghasilan imej yang baik, cahaya perlu dimanafaatkan dengan baik menggunakan peralatan yang terbaik. Kelengkapanku hanya D50 beserta Sigma 17-70 dan Nikon 60mm yang jelas terasa kekurangannya dalam cahaya suram berbanding dengan kelengkapan Mr John yang menggunakan Nikon D3 dengan lensa 200mm f2.

2. Perlu ada komunikasi yang baik dengan pasangan pengantin untuk mendapatkan pos yang bersesuaian dengan tema, sekitaran dan pencahayaan. Ini saya lemah kerana saya bukan jurufoto yang cenderung kepada fotografi perkahwinan atau acara. Buat masa ini saya lebih kepada makro dan close up.

3. Props yang paling penting ialah cahaya dan bagaimana ia menyimbah ke atas subjek dan sekitaran.

4. Apa yang tidak kelihatan di mata kasar adakala terakam cantik di dalm imej.

5. Gunakan monopod atau telan B-blocker sekiranya peralatan anda hanya D50 dan lensa anda tidak cukup laju.

6. Penggambaran kaedah salun ialah teras fotografi perkahwinan manakala rakaman spontan ialah supplementari.

7. Jurufoto yang menentukan pos yang perlu digayakan oleh pengantin dan perancangan awal perlu dibuat agar boleh dibincangkan dengan pelanggan berkaitan pos yang akan dirakam dan jangkaan hasilnya.

8. Perlu arif menggunakan software editing seperti photoshop dan light room. Aku tak reti satu pun dan tak mempunyai dana yang bagus untuk belajar secara sistematik. Secara sistematik kerana aku buta IT dan amat tak faham konsep layer, saturation dan sebagainya dan selagi aku tak faham kenapa buat sesuatu benda itu, kepala bebalku enggan menerimanya. Aku kena faham baru aku akan buat. Jadi segala editing dalam imej-imej yang dipaparkan hanyalah dengan menggunakan Picasa sahaja yang sesuai dengan kebolehan IT aku setakat ini. Kalau ada yang sudi bersabar mengajar Photoshop, jasamu akan ku kenang dan segala imej cantik yang terhasil selepas itu akan terlakar jasamu.

Di Hujung perjalanan

Di Hujung perjalanan

Ceria

Ceria

Akhir sekali sisipan puisi daripada seorang penyajak Lubnan Kahlil Gibran :

Love one another, but make not a bond of love
Let it rather be a moving sea between the shores of your souls.

Fill each other's cup, but drink not from one cup.
Give one another of your bread, but eat not from the same loaf.

Sing and dance together and be joyous,
but let each one of you be alone,
Even as the strings of a lute are alone
though they quiver with the same music.

Give your hearts, but not into each other's keeping;
For only the hand of Life can contain your hearts.

And stand together yet not too near together;
For the pillars of the temple stand apart,
And the oak tree and the cypress grow not in each other's shadow.

Hello world!

•September 18, 2008 • 1 Komen

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!